Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian, pada hari yang mulia ini, izinkan saya memblog dalam Bahasa Melayu.
Lu mau wa pakai bahasa baku ke bahasa pasar ke bahasa cine-melayu?
Oleh kerana terdapat pembaca saya yang taat setia yang tidak memahami Bahasa Cina. Izinkan saya gunakan bahasa Melayu yang separuh baldi saya untuk membuang air muka saya.
Dalam bbs yang selalu saya lawati itu, ada seorang minta tolong menukarkan ucapannya dari Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu, barulah saya sedar yang BM saya dah lama tak pakai sejak sekolah menengah.
Saya masih ingat lagi, pada cuti musim panas yang lepas,
ada orang Jepun puji bahasa Jepun saya bagus,
ada orang Ireland puji bahasa Inggeris saya lancar,
ada orang Malaysia puji bahasa Melayu saya power,
ada orang China puji bahasa Cina saya fasih.
Tetapi, adakah saya harus gembira dengan kepujian mereka?
Bagi saya, mereka puji bukan atas sebab saya betul-betul baik dalam bahasa-bahasa tersebut, tetapi dalam fikiran mereka, saya sepatutnya tidak fasih dalam bahasa-bahasa tersebut tetapi penampiran saya di luar sangkaan mereka.
Saya rasa seronok menulis diari dalam BM, sebab kelakar. Sudah berapa juta minit tidak pernah saya guna bahasa baku. Biasanya dalam mesej-mesej kawan pun tidak pernah guna bahasa yang saya tuntut dalam 11 tahun zaman persekolahan. Sebelumnya saya menghantar mesej hari raya kepada kawan-kawan saya dengan bahasa Cina-Melayu, kebanyakan daripada mereka membalas mesej sebegini. "kelakar la wong ni, selamat hari raya, maaf zahir batin." Begitulah, sekurang-kurangnya saya boleh bergurau dengan BM lagi. Saya masih ingat lagi, berapa bulan selepas tamat sekolah menengah, beberapa orang kawan Melayu menelefon saya. Lepas habis bertegur sapa, dia berkata,"wong cakap macam buat karangan ah!"."Ha ha ha!"Saya hanya ketawa. Memang saya tidak pernah berbual-bual dengan orang lain dalam BM.
setakat tu je la saya mampu guna bahasa yang aku belajar dlu. lepas ni main hentam je dengan bm aku tak kire kau paham ke tak…kakakak…budak indon kat sini selalu da cakap dengan aku ngan BM. tapi aku tak paham betol bm die tu lah…kekadang die nak tanye soalan pasal eksperimen sekolah tu,"ini nak bikin…." hampir2 aku nak terkeluar kate"apa lu mau, bikin tu ape bende, wa taklah paham ooo"…haha…ape akan terjadi la nanti…
baru2 ni cuaca semakin sejuk, kehidupan aku seperti biasa. buku yang aku bli 2bulan dulu, da lebih separuh abis baca. banyak lagi buku yang aku nak baca…kekdg baca buku boleh sampai tak tidur, mesti member2 dulu aku tak bleh fikirkan. dulu aku selalu je kuar sana sini, ble la aku studi selain drpd mase periksa. kpd sape2 yang nak baca buku tapi tak tau nak baca apa, g ah cari buku da vinci code. bes gle buku ni, kali pertama saya tertarik ngan buku sampai bleh tak tidur utk baca buku…
bulan depan ada cuti lagi. tiap2 hari pun aku mimpi aku berlari bermain dalam timbunan ais yang suci dan sejuk. bes gle ah…
tu je la setakat ni…kakaka